fb fb fb fb fb

Polis teliti ucapan perhimpunan pembangkang

Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti ucapan yang dibuat dalam perhimpunan pembangkang yang dianjurkan hari ini di sekitar ibu negara.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, langkah itu bagi memastikan penganjur tidak menyentuh isu-isu sensitif dan 3R.

"Apa sahaja yang berlaku, kami akan melihat dari awal semuanya. Kita akan buat kajian sekiranya terdapat ucapan hasutan, kita akan ambil tindakan.

Hak untuk berhimpun secara aman memang ada, cuma kita ada akta-akta yang boleh disabitkan jika ia dilangkaui," katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan perhimpunan berkenaan, di sini.

Pihaknya turut menasihatkan agar mana-mana penganjur perhimpunan pada masa akan datang supaya lebih terperinci dalam mengadakan acara seumpama itu.

Jelas beliau, hampir 3,000 anggota polis ditugaskan sepanjang perhimpunan berlangsung, sekali gus memastikannya berakhir dalam keadaan terkawal.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN