fb fb fb fb fb

Polis rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.8 juta

JASIN, 6 Januari- Pelbagai jenis dadah bernilai RM3.8 juta dirampas dalam serbuan di Melaka dan Selangor.

Dua pasangan suami isteri antara lapan suspek warga tempatan turut ditahan menerusi empat serbuan berasingan di Serkam, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, hasil risikan mendapati dadah berkenaan dihantar untuk pasaran luar negara.

"Sindiket ini dikesan aktif pada awal 2022. Hasil saringan ujian awal terhadap semua tangkapan dibuat mendapati kesemuanya negatif dadah. Pihak polis telah menyita harta sindiket bernilai RM283,770.60,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini.


(Kesemua suspek merupakan nelayan tempatan dipercayai aktif sejak
awal tahun lalu, direman tujuh hari)

Kesemua suspek merupakan nelayan tempatan dipercayai aktif sejak awal tahun lalu, direman tujuh hari.

Dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kesalahan sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media Baharu