fb fb fb fb fb

Penduduk Kampung Turap perlu jambatan kekal yang kukuh

GUA MUSANG, 6 Januari- 129 penduduk Kampung Miak terpaksa meniti titian kayu balak dan mengharungi sungai menggunakan kenderaan selepas jambatan kayu balak yang menghubungkan kampung berkenaan runtuh dua minggu lalu.

Dalam kejadian 21 Disember lalu, jambatan balak berusia lebih 50 tahun yang merentasi Sungai Depok dihanyutkan arus deras kepala air ketika kejadian hujan lebat.

Selepas jambatan kayu balak runtuh, aktiviti harian penduduk seperti membeli bekalan makanan, menghantar anak ke sekolah dan mengeluarkan hasil tanaman tergendala.

Penduduk kampung terpaksa membina titian ringkas menggunakan pokok balak bagi membolehkan anak mereka ke sekolah.

"Setiap tahun memang penduduk Kampung Miak ni terlalu peritlah dengan keadaan kampung, jalan runtuh.

"Memandangkan sekarang ni jambatan pun untuk hantar anak asrama runtuh terus. Tidak tahu bila buat. Saya harap pihak bertanggungjawab percepat untuk urus jalan ni untuk mudah hantar anak sekolahlah," kata penduduk, Wan Zakiah Yaacob.

"Kita penduduk Miak susah untuk keluar mencari bekalan. Kita perlu bantuan daripada penduduk Laloh (Kampung Laloh) untuk bantu kami di sini menerima atau mengangkut budak sekolah pada 30 haribulan baru ini untuk pelajar ke asrama SK Lela Jasalah.

"Jadi kita di sini terima bantuan daripada penduduk Kampung Laloh tu untuk hantar anak kita dari Kampung Miak ke Sungai Depok. Sungai Depok kita perlukan kenderaan lain untuk penduduk Lalohlah," luah penduduk,Tg Usri Tg Hamzah.

"Pasal jambatan tu boleh lagilah. Hujan lebat dia terhakis jadi runtuh. Saya minta untuk selesai masalah ni untuk ke kampung Miak. Senang penduduk kampung hantar anak sekolah. Anak sekolah pun ramai duduk luar. Nak keluar masuk tu payah bagi penduduk sini nak kelura beli barang pun payah," kata Penghulu Mukim Chalil, Mohd Iqbal Roslan.

Mereka ditemui media selepas menerima bantuan bakul makanan dan wang sumbangan daripada wakil rombongan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Sementara itu, Ketua Jajahan Gua Musang, Ab. Pattah Hasbullah berkata pihaknya menyalurkan bantuan bungkusan makanan asas dan wang ringgit kepada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat.

Menurut beliau, jarak Kampung Miak ke bandar Gua Musang adalah sejauh 110 kilometer.

Pihaknya perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda kerana laluan sejauh 30 kilometer ke kampung itu tidak berturap.

(Bantuan bakul makanan dan wang sumbangan daripada wakil rombongan Pejabat Tanah
dan Jajahan Gua Musang)

Media Baharu