fb fb fb fb fb

PM solat Jumaat di Masjid Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menjamu selera di kedai ikan bakar Tanglin sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, di sini.

Sebelum menjamu selera, Perdana Menteri turut menyantuni pelanggan yang hadir sama makan tengah hari di kedai berkenaan.


(Foto Facebook Anwar Ibrahim)

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani turut hadir ke kedai tersebut.

Media Baharu