fb fb fb fb fb

Anggota bomba cedera, EMRS dilanggar ketika bantu mangsa kemalangan

KUANTAN, 6 Januari- Seorang anggota bomba cedera selepas dirempuh kenderaan lain ketika melakukan rawatan awal mangsa kemalangan pada pukul 4.00 pagi tadi.

Kemalangan berlaku di Kilometer 244.1 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tiga anggota dikerah ke lokasi kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda dan kereta jenis Proton Saga.


Ketika sedang melakukan rawatan awal sebuah kereta jenis Kia Sorento dinaiki dua individu tidak sempat mengelak lalu merempuh Proton Saga hingga berpusing kemudian merempuh lori dan kenderaan EMRS bomba yang berada di tepi lebuh raya.

Anggota yang terlibat cedera di kaki dan sakit pada bahagian dada.

Susulan kejadian tersebut sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

Semua mangsa yang cedera diberi bantuan rawatan awal dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).


(Anggota yang terlibat cedera di kaki dan sakit pada bahagian dada)

Jentera EMRS bomba yang terbabit rempuhan kemudian ditunda ke plaza tol terdekat sebelum diserahkan kepada Bahagian Kejuruteraan Bomba untuk tindakan lanjut.

Media Baharu