fb fb fb fb fb

Projek LPB Sarawak Fasa 1 dijangka siap akhir tahun, kecuali di Lambir dan Beluru

KUCHING, 6 Januari- Fasa satu projek Lebuh raya Pan Borneo (LPB) Sarawak dijangka siap akhir tahun ini kecuali Pakej 11 melibatkan Lambir dan Beluru.

Pembinaan di kedua-dua kawasan berkenaan dijadual selesai tahun depan berikutan terdapat perubahan skop projek.

Sementara itu, keseluruhan Fasa Satu LPB Sabah pula dijangka siap sepenuhnya, akhir 2025.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pelaksanaan fasa satu LPB Sarawak dan Sabah, masing-masing mencapai kemajuan fizikal 91%dan 73%, setakat ini.

Fasa kedua LPB Sarawak pula akan membabitkan jajaran Miri-Limbang-Lawas di Lebuh raya Transborneo, fasa kedua projek Sarawak Sabah Link Road (SSLR) dan fasa 1B projek Lebuh raya Borneo Utara Sabah.

Ia membabitkan kos keseluruhan dianggarkan, RM26.2 bilion.

Kesemua projek baharu itu telah memperoleh kelulusan secara prinsip daripada jemaah menteri pada April tahun lalu.

Pembinaan fizikal dijangka bermula tahun depan sebaik belanjawan 2023 diluluskan Parlimen dan pengesahan kelulusan peruntukan diterima daripada agensi pusat.


(Foto Fail)

 

Media Baharu