fb fb fb fb fb

KKM saran waktu pengoperasian klinik kesihatan dilanjutkan

PUTRAJAYA, 6 Januari - Pengarah Kesihatan negeri disaran meneliti semula keperluan untuk melanjutkan waktu pengoperasian klinik kesihatan bagi mengatasi isu kesesakan di Jabatan Kecemasan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia bagi mengalihkan pesakit yang dikategorikan sebagai kes bukan kritikal untuk dirawat di klinik-klinik tersebut dan bukan di Jabatan Kecemasan.

“Saya mencadangkan Pengarah Kesihatan Negeri supaya meneliti semula keperluan klinik kesihatan berhampiran di bawah seliaan masing-masing beroperasi secara 'extended hour',” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM di sini.

Menurut Zaliha, Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendapati kesesakan berlaku di Jabatan Kecemasan dengan tempoh menunggu melebihi enam jam.

Keadaan itu disebabkan 70 peratus kes yang diterima adalah kes-kes bagi Zon Hijau iaitu bukan kritikal.

Ini bertentangan dengan skop atau fungsi sebenar Jabatan Kecemasan yang sepatutnya menerima kes-kes kritikal.


(Ini bertentangan dengan skop atau fungsi sebenar Jabatan Kecemasan
hospital yang sepatutnya menerima kes-kes kritikal)

Pada masa sama, beliau turut menggesa pengarah hospital untuk memastikan pembukaan perkhidmatan baharu dengan segera apabila kelulusan jawatan atau sumber manusia tambahan disertakan dengan kelulusan peruntukan kewangan.

langkah itu dapat mengurangkan isu tempoh bekerja yang terlalu lama bagi satu-satu masa untuk seseorang pegawai dan secara tidak langsung dapat mengelakkan atau mengurangkan kejadian 'burn-out'.

Media Baharu