fb fb fb fb fb

NADMA nafi edar borang pendaftaran bantuan banjir MTL

Foto FB NADMA

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Agensi Pengursan Bencana Negara (NADMA) menafikan dakwaan pengedaran sebarang borang pendaftaran bantuan banjir Monsun Timur Laut (MTL).

Dalam satu kenyataan pihaknya memaklumkan urusan berkenaan berdasarkan senarai Ketua Isi Rumah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jelasnya, penduduk terjejas banjir yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara boleg mendaftar dengan ketua masyarakat atau di pejabat daerah mengikut lokaliti.

"Bagi mangsa yang tidak berpindah ke PPS, KIR boleh mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat atau di pejabat daerah mengikut lokaliti," kata kenyataan itu.

NADMA menegaskan, pihaknya tidak terlibat dalam proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan.

Orang ramai diminta menghubungi pejabat daerah terdekat untuk sebarang urusan berkaitan bantuan banjir.


(Foto FB NADMA)

Media Baharu