fb fb fb fb fb

Polis rampas lima pasang stoking tertera kalimah Allah di Batu Pahat

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah (tengah)

BATU PAHAT, 19 Mac- Lima pasang stoking tertera kalimah Allah ditemui di sebuah kilang di Sri Gading, Batu Pahat, Johor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, semua stoking itu dijumpai selepas dipulangkan tiga kedai serbaeka KK Mart Bandar sunway.

Beliau berkata, kesemua stoking berkenaan ditempah dari China.

"Kilang itu hanya terlibat dalam aktiviti pembungkusan dan pengedaran untuk pasaran tempatan khususnya kedai serbaneka seperti KK Mart.

"Ketika diperiksa, polis menemukan sebanyak 18,800 pasang di dalam 16 berkas stoking itu namun tidak menemui stoking baharu tertera kalimah Allah,"katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298 A kanun keseksaan, Seksyen 233 AKMM 1988 dan Seksyen 505 (b) kanun keseksaan.

"Siasatan turut dijalankan oleh Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman dan kami memohon agar mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan supaya tidak mengambil langkah yang menyalahi undang-undang berkaitan isu stoking tertera kalimah Allah,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE