fb fb fb fb fb

Polis Pulau Pinang tahan empat individu terlibat sindiket pengedaran dadah

(Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern menunjukkan dadah 
yang berjaya dirampas dalam tiga serbuan berasingan)

NIBONG TEBAL, 8 September - Empat individu berjaya ditahan polis dalam tiga serbuan berasingan di Taman Halaman Indah, Jawi dan Kondominium Cassia dekat Butterworth, Jumaat lalu.

Kesemua mereka yang berusia 29 hingga 51 tahun itu dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis syabu, ganja dan heroin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata dadah seberat lebih tujuh kilogram yang dirampas itu bernilai RM27,720.

Selain dadah pihaknya turut merampas sebuah kenderaan milik suspek bernilai RM50,000.

"Dua bungkus heroin itu anggaran berat 909 gram belum sampai 1kg lah dan tiga paket dadah syabu anggaran 2 gram je dia punya berat dia, jadi hasil dari tangkapan ini, ada buat 'follow up' serbuan, dua serbuan berjaya rampas ganja, yang pertama tiga bungkus, kedua empat bungkus, itu kuantiti besar, jadi jumlahnya tujuh ketul ganja mampat itu anggaran 6,910 gram dengan nilai RM17,500 dan syabu anggaran 0.2 gram bernilai RM20," kata beliau dalam sidang media, di sini.


(Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern) 

Hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif melakukan aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini dan dijual untuk pasaran tempatan.

Kesemua suspek yang ditangkap mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati sekiranya sabit kesalahan.

Media Baharu