fb fb fb fb fb

Konsep Halal terbukti bersifat sejagat cecah populasi 1.9 bilion tahun lalu - PM

KUALA LUMPUR, 8 September- Populasi Muslim global yang mencecah 1.9 bilion tahun lalu membuka peluang luas bagi pembangunan industri Halal negara.

Secara tidak langsung, ia turut meningkatkan potensi dalam mempelbagaikan industri Halal secara lebih inklusif dan komprehensif bagi tempoh jangka masa panjang.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-18 di sini)

Arus globalisasi dan kemajuan dalam pengkomersialan meningkatkan permintaan terhadap produk serta perkhidmatan Halal dalam kalangan pengguna dari setiap lapisan masyarakat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 'Konsep Halal' terbukti bersifat sejagat untuk diguna pakai oleh semua.

"Halal sesuai untuk semua pengguna tanpa mengira bangsa dan agama kerana ia berkait rapat dengan jaminan kualiti, pemuliharaan persekitaran, integriti dan ketelusan data serta amalan perniagaan yang lestari. Halal tidak tertakluk kepada penyediaan makanan dan minuman sahaja, tetapi ia juga sesuai diaplikasikan dalam pelbagai sektor industri dan perkhidmatan," katanya ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-18 (MIHAS 2022) di sini.

Media Baharu