fb fb fb fb fb

Hukuman diyat bertepatan dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori - pakar

(Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Madya Dr. Zulfakar Ramlee)

KUALA LUMPUR, 8 September - Pelaksanaan hukuman diyat atau ganti rugi dilihat bertepatan dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bagaimanapun jelas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Madya Dr. Zulfakar Ramlee, pelaksanaan hukuman alternatif itu perlu mengambil kira pindaan melibatkan Kanun Tatacara Jenayah dan Keseksaan.

"Sekiranya kita nak melaksanakan hukuman diyat saya rasa 'viable' (berdaya maju) satu di peringkat akhir tanpa mengganggu proses yang ada, 'royal pardon' pengampunan diraja, tapi sekiranya kita nak masukkan di peringkat lebih awal maka ada dua pindaan perlu dibuat dalam Kanun Acara Jenayah dan juga dalam kanun keseksaan," kata beliau ketika dihubungi Berita RTM, di sini.


(Foto fail)

Diyat merupakan kadar tertentu dibayar oleh pihak yang menyebabkan kematian atau kecederaan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja kepada pihak waris yang menjadi mangsa pembunuhan dan kecederaan berkenaan.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam titahnya menzahirkan harapan agar cadangan konsep diyat dapat dilaksanakan di negara ini.

Media Baharu