fb fb fb fb fb

Polis Pulau Pinang pantau judi pilihan raya

(FOTO HIASAN)

GEORGE TOWN, 8 Ogos- Polis Pulau Pinang memantau rapi aktiviti perjudian membabitkan pertaruhan PRU DUN ke-15 di negeri tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata aktiviti itu ada dikesan dalam skala kecil dan tidak melibatkan mana-mana sindiket.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

"Setakat ni kita ada membuat pemantauan, ada mengesan pertaruhan kecil-kecilan yang tidak membabitkan sindiket dan kita akan buat tangkapan sekiranya berlaku ,"katanya.

Dalam pada itu, setakat ini DUN38 Bayan Lepas dan DUN N11 Permatang Pasir kekal menjadi kawasan panas di negeri itu.

Justeru jelas beliau, pihaknya akan mengekalkan kawalan di kawasan itu dan masih belum ada keperluan untuk menambah anggota dan pegawai di sana.

Beliau berkata demikian selepas meninjau proses undi awal di Dewan Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang.


(Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin)

Media Baharu