fb fb fb fb fb

KKM nafi rundingan ambil jururawat Indonesia

Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berucap merasmikan Karnival Sihat Milik Semua peringkat negeri Perlis, sempena Jubli Perak pemerintahan 25 tahun Raja Perlis, di Dewan 2020 / BERNAMA

KANGAR, 9 Ogos – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan tiada sebarang rundingan rasmi atau permohonan diterima berhubung cadangan pengambilan jururawat dari Indonesia untuk berkhidmat di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tidak pernah menerima maklumat atau cadangan rasmi daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia berkaitan perkara tersebut.

“Sehingga kini, tiada perbincangan rasmi atau sebarang permohonan rasmi diterima oleh KKM di Putrajaya, termasuk kepada saya sendiri sebagai menteri, mengenai cadangan yang dibangkitkan,” katanya ringkas ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Sihat Milik Semua peringkat negeri Perlis, sempena Jubli Perak pemerintahan 25 tahun Raja Perlis, di Dewan 2020, hari ini.

Isu berkenaan timbul susulan laporan media mengenai cadangan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto, baru-baru ini, namun ia mendapat tentangan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kesatuan Jururawat Malaya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE