fb fb fb fb fb

PRU DUN ke-15: SPR sasar 70% pemilih keluar mengundi

(FOTO FAIL BERNAMA)

GEORGE TOWN, 8 Ogos- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan sekurang-kurangnya 70% daripada lebih 9 juta daftar pemilih akan keluar mengundi pada PRU DUN KE-15, 12 Ogos depan.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, jumlah itu mampu dicapai sekiranya pengundi yang tinggal di luar kawasan pulang ke negeri masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab.

"Selalunya kita berharap 70% akan turun mengundi, tapi saya berharap yang boleh mengundi, datanglah mengundi dan ini penting untuk demokrasi kita,"katanya.

Jelasnya, SPR juga telah melaksanakan persediaan rapi bagi menghadapi hari mengundi Sabtu ini.

Terdahulu, beliau ditemui selepas melakukan tinjauan di pusat mengundi di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas.


(Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom)

Media Baharu