fb fb fb fb fb

Polis Perak tumpaskan sindiket edar dadah

(Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Perak, di Ipoh)

IPOH, 23 November - Polis Perak berjaya menumpaskan sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah dengan merampas lebih 13 kilogram bahan terlarang itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya merampas dadah jenis ketamin, ganja dan syabu selain turut menahan 10 pengedar dadah hasil serbuan yang dilakukan di sekitar Ipoh.

Jelasnya, dadah berkenaan boleh digunakan oleh kira-kira 23,000 penagih di sekitar Ipoh.


(Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri menunjukkan antara dadah yang berjaya 
dirampas dalam serbuan yang dilakukan di sekitar Ipoh)

"Mungkin dalam kesibukan kita dalam menghadapi pilihan raya ini mereka mungkin mengambil kesempatan untuk menjalankan pengedaran aktiviti dadah ini, tapi walau pun ini, pihak kita dapat menghidu kegiatan-kegiatan mereka ini dengan menangkap mereka tadi," kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Kesemua kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media Baharu