fb fb fb fb fb

Banjir di Perak: Seramai 618 orang masih ditempatkan di lapan PPS

IPOH, 23 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Perak kini seramai 618 orang daripada 177 keluarga sehingga pukul 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di empat daerah berbeza.

PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak di daerah Hilir Perak menempatkan 153 penduduk daripada 41 keluarga.


(Foto fail) 

Sementara itu, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang serai dan PPS Sekolah Kebangsaan Beruas di daerah Manjung pula menempatkan 236 penduduk daripada 73 keluarga.

Manakala 211 penduduk daripada 56 keluarga masih ditempatkan di PPS SMK Layang-Layang Kiri, SK Layang Layang kiri dan SK Titi Gantong dalam daerah Perak Tengah.

PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama menempatkan 18 penduduk daripada 7 keluarga.

Media Baharu