fb fb fb fb fb

BN, PN adakan pertemuan dipercayai berhubung pembentukan kerajaan pasca PRU15

(Para petugas media berkumpul bagi mengikuti perkembangan terkini pertemuan antara pemimpin
BN dan PN yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara) 

KUALA LUMPUR, 23 November - Satu pertemuan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diadakan di sebuah hotel di ibu negara, dipercayai berhubung pembentukan kerajaan pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan berlangsung kira-kira dua jam.

Antara pemimpin BN yang hadir; Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah; Datuk Arthur Joseph Kurup.


(Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara pemimpin BN
yang hadir pada pertemuan dengan PN di sebuah hotel di ibu negara) 

Pemimpin PN yang hadir termasuk Pengerusinya merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin dan Datuk Seri Ronald Kiandee serta Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin terlibat.

Media Baharu