fb fb fb fb fb

Polis Pendang buat persediaan rapi hadapi bencana

PENDANG, 25 Mac - Persiapan rapi dilaksana Polis Pendang susulan dua ribut di daerah itu dalam tempoh seminggu.

Ini termasuk sedia menggerakkan anggota dan mendirikan pusat operasi sementara jika berlaku bencana.

Ketua Polis Daerah, DSP Arriz Sham Hamezah pihaknya sedia berdepan sebarang kemungkinan.

Beliau bagaimanapun menggesa penduduk bekerjsama dan sentiasa berwaspada.

(Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah)

"Nasihat saya kepada penduduk yang terjejas harta benda kerana ribut tempoh hari, segera membuat laporan untuk tindakan selanjutnya.

"Sentiasa berwaspada dengan amaran-amaran ataupun berita yang dikeluarkan oleh pihak kaji cuaca dan tindakan yang sewajarnya harus diambil bagi mengelak kejadian sama berulang", katanya selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD), Pendang.

35 individu termasuk termasuk wakil RTM Kedah menerima sijil penghargaan.

Dalam kejadian ribut sebelum ni, lebih 100 premis termasuk bangunan kerajaan dan rumah penduduk rosak.

Media Baharu