fb fb fb fb fb

Polis mohon bantuan kesan tiga beranak hilang di Tanjung Rambutan

FOTO IPD Ipoh

IPOH, 27 September- Seorang wanita dan dua anaknya dilaporkan hilang di rumah mereka di Tanjung Rambutan, Ipoh sejak 13 September lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan wanita itu yang juga warga Indonesia dikenali Ernawati Rajagukguk, disedari hilang oleh bekas suaminya kira-kira 8.30 malam pada hari kejadian.

Beliau berkata dua kanak-kanak iaitu Farisha Jan Mohamed Faiz, 9 tahun, serta adik lelakinya Firaz Khan yang berusia 6 tahun turut dilaporkan hilang bersama-sama ibu mereka.

"Sekiranya mana-mana pihak mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes Sub Inspektor Ferdaus Jahya menerusi talian 019-7130163 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE