fb fb fb fb fb

Polis minta bantuan kesan pelajar perempuan hilang di Selama

Foto fail

IPOH, 24 Ogos -Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelajar perempuan yang dilaporkan hilang, di Selama sejak 23 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Selama Superintenden Sarudin Samah dalam kenyataan berkata, kali terakhir S. Thaanusredevi, 17, dilaporkan dikesan berada di rumahnya di Taman Nesa.

Beliau berkata remaja itu disedari tiada di rumah sekitar pukul 8.00 pagi pada tarikh tersebut.

"Remaja perempuan itu dipercayai membawa telefon bimbit dan beg tangan semasa kejadian namun pakaian terakhirnya tidak dapat dikenal pasti," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Wan Muhamad Luqman Wan Addas di talian 019-5155 469 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Selama di talian 05-8394 222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

TETITIA YUSOFF