fb fb fb fb fb

Bom perang dunia kedua ditemui di Lahad Datu

Foto fail

LAHAD DATU, 24 Ogos -Sebutir bom peninggalan perang dunia kedua ditemui orang awam di tebing Sungai Segama di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail dalam kenyataan berkata, penemuan bom dipercayai buatan British itu disahkan cawangan persenjataan ibu pejabat polis di sini.

"Bom berkenaan didapati berukuran lebih kurang 40 sentimeter (cm) lilit, panjang 30cm dan dianggarkan seberat 226.8 kilogram.

"Bom ini ditemui seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang ketika itu sedang menjala ikan di kawasan berkenaan yang kemudian melaporkan penemuan itu kepada polis," katanya.

Sehubungan itu, Dzulbaharin menasihatkan agar orang ramai tidak menghampiri kawasan terbabit sehingga tindakan pemusnahan dilakukan unit pemusnah bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

TETITIA YUSOFF