fb fb fb fb fb

Polis kesan suspek terlibat kes gaduh bersenjata di Johor

Foto FB Pan Chong

JOHOR BAHRU, 17 November- Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki bersenjata tajam yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah premis di Johor Bahru, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata pihaknya mengesan dua video tular di Facebook yang dimuat naik oleh Pang Chong memaparkan kejadian berkenaan.

Pihaknya mengesahkan kejadian itu namun sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak termasuk mangsa.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM