JOHOR BAHRU, 25 Mac - Polis Johor sedia mengubah dan memperkemas corak tugasan baharu susulan pembukaan sempadan darat Malaysia-Singapura pada 1 April.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, corak penugasan tertumpu kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di Malaysia dan pencegahan jenayah.
"Pegawai dan anggota sedia ada sudah cukup bagi menjamin keselamatan orang awam", katanya.
(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat)
Sekatan jalan raya di beberapa kawasan Ops Benteng di negeri itu juga dikekalkan bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin secara haram.
"Dari segi trafik juga kita ubah cara cara penugasan, aliran trafik bertambah begitu juga dari Malaysia ke Singapura sudah tentulah penugasan kita akan mengikut kepada keperluan semasa", katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan surat penghargaan bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 Di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, (IPK) Johor.
Turut menerima surat penghargaan, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Kaw Kok Chin dan 10 orang pengamal media negeri Johor.