fb fb fb fb fb

Polis Johor keluar lima saman menerusi dua SJR di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 24 Nov - Lima saman dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk gagal mengemukakan lesen memandu dan cukai jalan, selain tamat tempoh, menerusi pemeriksaan rawak selama dua hari di sekatan jalan raya (SJR) sekitar bandaraya Johor Bahru, Johor.

Namun, tiada sebarang tangkapan dibuat menerusi pemeriksaan terhadap 250 individu dan 235 kenderaan di SJR Jalan Skudai-Pantai Lido dan sekitar Taman Daya - Taman Setia Indah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata SJR dilaksanakan selaras dengan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang mahu polis bersiap siaga dengan 'omnipresence' mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat.


(Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat)

“Setakat ini kami tidak menerima keluhan daripda orang awam bahawa SJR ini menyusahkan mereka kerana SJR ini dibuat pada waktu malam sehingga 6.00 pagi.

Kami tidak mendirikan SJR pada waktu siang tetapi pegawai dan anggota ada di lokasi bagi memantau pergerakan.” Katanya ketika ditemui di SJR Jalan Skudai-Pantai Lido, Lebuhraya Iskandar, Johor Bahru.

Masyarakat juga diingatkan tidak cemas dengan dakwaan mengaitkan SJR dilaksanakan kerana kekecohan yang berlaku berikutan pembentukan kerajaan Persekutuan yang belum selesai.

Media Baharu