(Foto Polis Daerah pontian)
PONTIAN, 17 Mac- Seramai 17 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah menerusi 13 serbuan di sini semalam.
Menerusi Ops Bersepadu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata serbuan tersebut dilakukan di Benut, Ayer Baloi dan Pekan Nanas.
"Serbuan dilakukan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
"Dadah disyaki syabu beranggaran 0.40 gram dan heroin dengan anggaran 0.75 gram dirampas.
"Semua tangkapan berusia 24 hingga 54 tahun.
"Kesemuanya disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983," katanya menerusi kenyataan.
(Foto Polis Daerah pontian)