fb fb fb fb fb

SKM Kelantan tumpu perniagaan berskala besar

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 17 Mei-Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan memberi tumpuan bagi menggalakkan lebih banyak koperasi di negeri itu menceburi bidang perniagaan atau aktiviti ekonomi berskala besar bagi menjamin sumber pendapatan lebih lumayan.

Pengarahnya, Zainudin Mohamed berkata, pihaknya menyediakan pelbagai inisiatif menarik selain merangka pelbagai program bertujuan membantu koperasi yang berminat bagi mengembangkan perniagaan.

"Antara inisiatif yang disediakan ialah seperti bantuan kewangan, geran dan pinjaman dengan kadar yang kompetitif.

"Paling penting, lembaga Koperasi perlu kreatif mencari perniagaan yang dapat memberi pendapatan lumayan", katanya kepada RTM pada Majlis Ramah Mesra Gerakan Koperasi Negeri Kelantan Sempena Aidilfitri di sini.

Zainuddin berkata lebih RM6 juta pinjaman telah diperuntukan pihaknya bagi membantu koperasi di negeri itu bagi menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan.

Ini merangkumi perniagaan dalam sektor pertanian, perikanan, hartanah, perniagaan Ar Rahnu, dobi dan sebagainya.
 
Ketika ini, terdapat hampir 1000 buah koperasi aktif berdaftar di bawah SKM Kelantan dengan keahlian mencecah lebih 300,000 orang.


(Pengarah SKM Kelantan, Zainudin Mohamed/FOTO RTM)

Media Baharu