fb fb fb fb fb

Polis buru wanita etnik Rohingya dalang kes pecah rumah di Johor

JOHOR BAHRU, 26 November-Enam kes pecah rumah di tiga daerah diselesaikan susulan penangkapan empat etnik Rohingya dalam beberapa serbuan di Johor Bahru kelmarin.

Tangkapan itu sekali gus berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah di Batu Pahat, Johor Bahru dan Kulai sejak Jun lalu yang melibatkan kerugian RM50,000.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata hasil serbuan bermula jam 12 tengah hari, masing-masing dua lelaki dan wanita etnik itu yang berusia 14 hingga 27 tahun berjaya diberkas.


Selain itu, katanya, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Persona, 10 keping resit pajak gadai dan 16 set barang kemas pelbagai jenis.


Bagaimanapun, polis sedang mengesan seorang wanita etnik Rohingya disyaki dalang atau suspek utama yang masih bebas dikenali sebagai Norjahan Ismail, bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



Media Baharu