fb fb fb fb fb

Pemandu jentera berat maut ditimbus tanah runtuh

CAMERON HIGHLANDS, 26 November- Seorang pemandu jentera berat maut ditimbus tanah runtuh ketika sedang bertugas di Blue Valley, Kampung Raja di sini.

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, seramai 10 anggota dan pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.54 tengah hari tadi.

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat kejadian tanah runtuh yang menimbus sebuah jentera berat 'backhoe' yang menyebabkan seorang lelaki berusia 37 tahun cedera dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan bomba," katanya.

(Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sini)

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk bedah siasat.

Media Baharu