fb fb fb fb fb

Langkawi SkyCab catat 605,000 pengunjung setakat pertengahan November

LANGKAWI, 26 November- Sebanyak 605,000 pengunjung direkodkan menaiki kereta kabel Langkawi SkyCab sejak Januari sehingga pertengahan November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, jumlah itu mewakili 36 peratus pelancong yang datang ke pulau legenda tersebut sepanjang 2022.

Jelas beliau, perkhidmatan kereta kabel tercuram di dunia itu merupakan tarikan utama di Langkawi sejak ia mula beroperasi pada 2002.

"Seramai 15 juta pengunjung telah mengunjungi Langkawi SkyCab dalam tempoh 20 tahun ini.

Untuk prestasi tahun ini, Langkawi SkyCab telah pun mencatatkan pengunjung seramai 605,000 orang," katanya selepas Majlis Ulang Tahun ke-20 Kereta Kabel dan Hari Mahsuri di sini.

(Nasaruddin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA)

Sambutan itu juga menyaksikan pelbagai acara diadakan termasuk penampilan khas Wan Aishah Wan Nawawi iaitu keturunan ketujuh Mahsuri yang sinonim dengan sejarah Langkawi.

Media Baharu