fb fb fb fb fb

Polis buka kertas siasatan kejadian tiga maut, kebakaran di Kampung Gita

(Anggota bomba memeriksa rumah yang musnah dalam kebakaran menyebabkan tiga mangsa
maut di Kampung Gita, Kuching, semalam/FB JBPM NEGERI SARAWAK)

KUCHING, 14 November- Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Gita di sini yang mengorbankan tiga ahli keluarga termasuk bekas Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) malam semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kebakaran itu dan siasatan dijalankan terhadap kes yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. 

Menerusi satu kenyataan beliau berkata, tiga mangsa disahkan maut di tempat kejadian iaitu seorang lelaki dan anak perempuan serta cucunya

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Datuk Khirudin Drahman berkata pihaknya menghantar Unit Anjing Pengesan bagi membantu siasatan di lokasi kejadian.

(Anggota bomba memeriksa rumah yang musnah dalam kebakaran menyebabkan tiga mangsa
maut di Kampung Gita, Kuching, semalam/FB JBPM NEGERI SARAWAK)


"Dalam kejadian kira-kira 7.00 malam itu, mangsa yang maut dikenali Affendi @ Pandi Keli, 69, anaknya Aneeqa, 35, dan cucunya Nor Hasyidah Ajis, 22 dan bukannya anak saudara seperti yang dilaporkan sebelum ini," katanya kepada Bernama.

Kesemua mangsa ditemukan terperangkap di tingkat atas rumah dipercayai lemas akibat asap tebal.

Media Baharu