fb fb fb fb fb

Banjir: UUM laksana kuliah secara dalam talian mulai hari ini

SINTOK, 15 November- Semua kuliah di Universiti Utara Malaysia (UUM) akan dilaksana secara dalam talian selama tiga hari mulai hari ini.

Naib Canselor UUM, Prof Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, ia susulan beberapa kawasan di universiti itu yang dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Jelas beliau, inisiatif tersebut bagi memastikan keselamatan pelajar dan kakitangan universiti, terjamin.

"Warga UUM dinasihati supaya tidak memasuki atau melakukan sebarang aktiviti di kawasan banjir.

Kawasan yang berarus deras boleh mengundang bahaya serta risiko kepada keselamatan diri serta harta benda," katanya selepas meninjau keadaan warga UUM yang terjejas banjir di sini.

(Prof Dr. Haim Hilman (kiri) meninjau keadaan warga UUM yang terjejas banjir di sini)

Hujan lebat lebih empat jam menyebabkan air di Sungai Sintok melepasi paras bahaya dan melimpah ke kawasan rendah.

Ia mengakibatkan dua kawasan perumahan serta Jalan Universiti Utara Malaysia dinaiki air.

Media Baharu