fb fb fb fb fb

Enam PPS masih dibuka di empat daerah di Perak

IPOH, 15 November- Sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di empat daerah berbeza di Perak setakat pukul 11.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, jumlah penduduk yang dipindahkan ke PPS adalah seramai 250 orang daripada 68 keluarga.

"Di daerah Hilir Perak, dua PPS dibuka iaitu PPS Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak menempatkan 164 penduduk daripada 46 keluarga.

Sementara itu di daerah Larut Matang dan Selama, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Jelapang dan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt menempatkan 39 penduduk terjejas daripada 10 keluarga," menurut kenyataan itu.

(Keadaan di salah sebuah PPS yang dibuka di Perak)

Sementara itu, satu PPS masih beroperasi masing-masing di daerah Kinta dan Kerian menempatkan 47 penduduk daripada 12 keluarga.

Media Baharu