fb fb fb fb fb

Dua kampung di Pendang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan

PENDANG, 15 November- Hujan lebat lebih empat jam petang semalam menyebabkan beberapa buah kampung di daerah Pendang, Kedah dilanda banjir kilat.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, kawasan terlibat ialah Kampung Namdam dan Kampung Tomprok.

"Hujan lebat turun bermula pukul 2.00 petang dan air mula naik sekitar pukul 6.15 petang.

Keadaan itu menyebabkan jalan raya ditenggelami air, namun ia masih boleh dilalui oleh semua kenderaan," katanya.

(Kenderaan masih boleh melalui jalan raya yang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan)

Setakat pukul 11.00 malam tadi, hanya sebuah rumah dilaporkan dinaiki air dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di kawasan terlibat.

DSP Arriz Sham turut menasihati penduduk agar sentiasa berwaspada dengan sebarang perubahan cuaca yang berlaku ketika ini.

Media Baharu