fb fb fb fb fb

Calon TPM belum dibincang

SUNGAI BULOH, 14 November- Calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) belum dibincang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Calon TPM kita belum bincang lagi, calon daripada UMNO, Sabah, Sarawak, semua keputusan selepas kita menang,” katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra penduduk sekitar Sungai Buloh di Uptown Damansara, di sini, malam tadi.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Calon BN Sungai Buloh, Khairy
Jamaluddin beramah mesra dengan penduduk di Uptown
Damansara di sini / Foto BERNAMA)

Terdahulu, beliau menyantuni pengunjung di sebuah kedai makan di lokasi berhampiran, yang turut disertai calon BN Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, Khairy berkata beliau menerima apa sahaja jawatan yang bakal diberi dalam Kabinet sekiranya BN diberi mandat oleh rakyat sebagai kerajaan selepas PRU15. 

“Saya ada hubungan baik dengan Perdana Menteri (PM), saya akan sentiasa menyokong beliau dalam Kabinet dalam apa jua jawatan.

Saya sentiasa menyokong apa sahaja keputusan PM untuk beri saya apa sahaja jawatan,” katanya.

Media Baharu