fb fb fb fb fb

PM beri jaminan kecilkan kabinet sekiranya menang PRU15

KUALA SELANGOR, 15 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan, saiz kabinet akan dikecilkan berbanding jumlah menteri sekarang dengan menggabungkan beberapa kementerian sekiranya pihaknya menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau perlu fokus pada PRU15 terlebih dahulu sebelum memikirkan mengenai barisan kabinet baharu.

“Kita kena menang dulu, kalau tak menang saya pun tak jadi Perdana Menteri. Selepas menang, Insya-Allah saya akan ambil kira semua kepentingan, kena ada teknokrat, kena ada ahli politik.

Cuma saya bagi jaminan bahawa yang saya akan kecilkan kabinet kerana kabinet sekarang terlalu besar, ini janji saya tetapi siapa yang menjadi menteri kabinet akan saya tentukan,” katanya kepada media selepas Program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Puncak Alam, malam tadi. 

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Program Santai Anak Muda
Kuala Selangor di Puncak Alam / Foto BERNAMA)

Turut hadir Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga calon BN di Parlimen Kuala Selangor. 

Media Baharu