fb fb fb fb fb

14,674 pengundi dijangka mengundi awal di Kedah

ALOR SETAR, 15 November- Proses pengundian awal di Kedah akan melibatkan 14,674 pengundi terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pasangan masing-masing.

Berdasarkan daftar pemilih daripada pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Kedah, sebanyak 72 pusat mengundi diwartakan untuk pengundian awal.

Pecahan mengikut dua badan beruniform itu ialah 8,633 angota tentera dan pasangan serta 6,041 anggota polis dan pasangan.

(Beberapa petugas sedang melakukan persiapan akhir menjelang hari pengundian
awal di pusat pengundian di sini)

67 pusat mengundi awal diwartakan untuk anggota polis dan pasangan, manakala lima lokasi untuk anggota tentera dan pasangan.

Media Baharu