fb fb fb fb fb

Beberapa daerah di Kedah dilanda banjir kilat

ALOR SETAR, 15 November - Hujan lebat petang semalam menyebabkan beberapa daerah di Kedah dilanda banjir kilat.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata setakat pukul 10 pagi, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka masing-masing di daerah Baling dan Kulim.

Manakala satu PPS di Masjid Al Ihsan Kampong Changkat Setoi daerah Kubang Pasu ditutup pagi tadi.

Katanya di Baling, satu PPS dibuka di Surau Itifaqiah Kampung Iboi Kupang.

(Foto fail)

PPS terbabit menempatkan 19 penduduk terjejas daripada tujuh keluarga.

Manakala di Kulim, PPS di Masjid Sungai Seluang menempatkan 42 penduduk terjejas daripada 11 keluarga.

PPS Masjid Sungai Seluang dibuka pukul 8.10 malam tadi berikutan banjir di tiga buah kampung iatu Kampung Sungai Seluang, Kampung Bukit Sarang Ayam dan Kampung Balik Bukit.

Paras air sungai di Kedah masih pada tahap normal pagi ini kecuali di Sungai Pegang pada paras berjaga-jaga.

Media Baharu