fb fb fb fb fb

Kebajikan warga FELDA terus jadi keutamaan kerajaan - PM

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada majlis ramah mesra bersama keluarga
FELDA Lasah, hari ini/ Foto BERNAMA)

SUNGAI SIPUT, 15 November - Kebajikan warga FELDA terus jadi keutamaan kerajaan bukan hanya generasi pertama tetapi kedua dan ketiga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika menyatakan komitmen itu berkata salah satu usaha yang dilaksanakan adalah pemberian lot tanah bagi pembinaan rumah untuk generasi kedua.

Sehingga kini, 8,670 lot tanah dikenal pasti dan usaha tersebut akan diperluas ke seluruh rancangan.

"FELDA beri lot ini, tiada bayaran kepada FELDA cuma mereka perlu membayar premium tanah dan premium tanah dikeluarkan oleh kerajaan negeri, jadi itu terserah kepada kerajaan negeri, tapi saya difahamkan rendah dia punya premium," kata beliau selepas program Ramah Mesra bersama Peneroka FELDA Lasah, di sini hari ini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika hadir pada majlis ramah mesra
bersama keluarga FELDA Lasah, hari ini/ Foto BERNAMA)

Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM20 juta untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai pembiayaan pembinaan rumah lot serta dana RM10 juta bagi meningkatkan kapasiti perniagaan

Ketika berucap pada majlis sama, Perdana Menteri memaklumkan FELDA bersetuju menghapuskan hutang 70 peneroka FELDA Lasah yang sebelum ini terpaksa menanggung kerugian RM1.8 juta akibat serangan gajah.

"Dan selain itu saya beritahu kepada pengurus besar jangan setakat selesai hutang tapi ambil tindakan bagaimana nak mengelak dan mengurangkan serangan gajah pada masa akan datang, kalau tidak gajah serang lagi, gajah serang lagi, minta lagi," jelas beliau.

Media Baharu