fb fb fb fb fb

Kerjasama perdagangan Malaysia-AS, perkukuh ekonomi negara

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 8 November - Kerjasama perdagangan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) penting dalam memperkasa ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana Malaysia bukan sahaja mempunyai pasaran eksport yang besar ke negara berkenaan, malah pelaburan besar Amerika mampu memastikan ekonomi negara terus kukuh. 

"Apa yang penting adalah perdagangan dengan AS, termasuk pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) dan pusat data dengan kebanyakan syarikat negara itu. Sebab itu kita harus bekerjasama," katanya.

Perdana Menteri juga menekankan bahawa selain Amerika Syarikat, kerjasama perdagangan dengan China juga penting susulan negara tersebut terus menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

"Saya mahu jaga Malaysia supaya menjadi sebuah negara besar. Oleh itu, kalau mahu berjaya dalam ekonomi, kita kena berkawan dengan semua," tambah beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada program Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Persatuan Industri Sabah di sini.

EZA YUSMAWATI YAACOP