fb fb fb fb fb

PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja tiga hari

FOTO FB ANWAR IBRAHIM

KOTA KINABALU, 8 November - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini pada pukul 7.23 malam pada Sabtu untuk lawatan kerja tiga hari ke Sabah.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Turut hadir, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan serta masyarakat setempat.

Perdana Menteri kemudiannya, menghadiri program sesi ramah mesra bersama persatuan industri Sabah dan disusuli Sesi Perjumpaan Tertutup Bersama YAB Perdana Menteri di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Pada Ahad, Perdana Menteri akan menghadiri beberapa program di sekitar ibu negeri; antaranya, sesi Walkabout dan Sarapan Pagi Bersama Komuniti Setempat di Tamu Jalan Gaya dan Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.

Pada Isnin, Datuk Seri Anwar akan menghadiri beberapa program di Tawau.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM