fb fb fb fb fb

PN tidak akan bekerjasama dengan PH tubuh kerajaan baharu - Muhyiddin

(Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap dalam sidang media di perkarangan kediamannya
di Bukit Damansara, Kuala Lumpur) 

KUALA LUMPUR, 22 November - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan PN tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu.

Perkara itu antara yang dimaklumkan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam pertemuan petang tadi.

"Tuanku mencadangkan kita bekerjasama dengan PH untuk bentuk 'unity government' (kerajaan perpaduan), tetapi kami bincang sejak awal lagi, tidak akan berkerjasama dengan PH, itu pendirian parti kita, kita putus tak setuju," kata beliau dalam satu sidang media di perkarangan kediamannya di Bukit Damansara, di sini.
 
Muhyiddin turut memaklumkan PN sudah menghantar 115 Surat Akuan Berkanun Ahli Parlimen secara dalam talian kepada Istana Negara semalam.

(Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap dalam sidang media di perkarangan kediamannya di
Bukit Damansara, Kuala Lumpur/ Foto BERNAMA) 

Perkara itu menjadikan beliau yakin untuk membentuk kerajaan baharu setelah menerima pengesahan dokumen daripada Setiausaha Sulit Al-Sultan Abdullah, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim bahawa dokumen surat akuan diterima.

Namun demikian, ketika sesi menghadap petang tadi, beliau telah dimaklumkan bilangan itu tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Terdahulu, Muhyiddin dan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara petang tadi.

Media Baharu