fb fb fb fb fb

30 ahli Parlimen BN akan menghadap Agong esok

KUALA LUMPUR, 22 November- Seramai 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata sesi menghadap secara individu itu dijadual berlangsung pada pukul 10.30 pagi.

Titah itu susulan pertemuan lanjutan daripada sesi menghadap Baginda oleh ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) di Istana Negara, hari ini.


(FOTO BERNAMA)

"Proses itu bertujuan agar Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti sebagai Perdana Menteri seperti diperuntukkan bawah Perkara 43(2)(a)Perlembagaan Persekutuan, katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan lewat petang tadi.

Baginda juga menyeru dan menasihati seluruh rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan dan Perdana Menteri baharu selesai.

"Rakyat diseru untuk bersama-sama mendoakan proses berkenaan dipermudahkan dan lancar demi kepentingan tanah air," menurut kenyataan itu lagi.

Media Baharu