fb fb fb fb fb

PMR di Tawau, perkukuh hubungan rakyat dan agensi kerajaan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Jabatan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 12 Mei- Program MADANI Rakyat (PMR) yang diteruskan di Tawau, Sabah mendekatkan lagi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta memperkukuh hubungan antara rakyat dan agensi kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook berkata program itu selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, nilai-nilai murni, dan kemampanan yang menyeluruh demi masa depan yang lebih baik.

"Impak cukup besar dapat dilihat melalui pelbagai aktiviti dan pameran yang memberi maklumat, khidmat nasihat selain meningkatkan kesedaran rakyat terhadap dasar, program dan perkhidmatan kerajaan lantas menyokong pembangunan sosioekonomi melalui penyampaian maklumat peluang perniagaan, kerjaya, dan latihan kemahiran", katanya.

PMR 2025 Sabah yang berlangsung tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei di Dataran Perbandaran Tawau telah mencapai objektif untuk merakyatkan program dan perkhidmatan kerajaan di peringkat akar umbi.

ROSLINA BINTI DIN