fb fb fb fb fb

PMKS berpendapatan RM150,000 setahun wajib keluarkan e-Invois

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Julai-Semua perniagaan termasuklah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berpendapatan RM 150,000 setahun diwajibkan untuk mengeluarkan e-Invois mulai 1 Julai 2025. 

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelaksanaan e-Invois adalah mekanisme bagi memastikan tiada isu ekonomi bayangan.

"PMKS kita telah meletakkan tahap yang mana mereka perlu untuk memasuki e-Invois paras RM150,000 setahun.

"Jadi, mereka yang kurang tidak perlu memasuki e-Invois.Kepada mereka yang atas daripada itu kita juga memberi sistem di mana mereka boleh gunakan tanpa membebankan kewangan mereka kerana itu dibuat LHDN dengan memberi akses kepada laman sesawang.

"Saya harap ada usaha ini semua orang boleh masuk sistem.Peniaga digalakkan untuk sertai",katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang meminta perincian usaha kerajaan untuk menjelaskan dan membantu para pengusaha PKS dalam pelaksanaan e-Invois dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu beliau juga turut memaklukan pengeluaran e-Invois ini boleh disatukan dengan  menggabungkan semua transaksi jualan setiap bulan dan hanya perlu dikemukakan kepada pihak LHDN dalam tempoh tujuh hari pertama pada bulan berikutnya. 

Tambahnya lagi tempoh peralihan kepada e-Invois akan  dilaksanakan secara lebih fleksibel dengan mengambil pendekatan “mendidik dan memperbetulkan”.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD