fb fb fb fb fb

JAKOA Johor jamin tiada pelajar Orang Asli tercicir dalam pendidikan

Pengarah JAKOA Johor, Faisal Long

JOHOR BAHRU, 2 Julai- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor komited dalam memastikan semua pelajar masyarakat Orang Asli tidak tercicir dalam bidang pendidikan, terutama yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Pengarahnya, Faisal Long menjelaskan bahawa terdapat pelbagai bantuan yang disediakan untuk membantu mereka melakukan bidang yang diceburi mengikut syarat ditetapkan.

Mereka boleh memohon bantuan berkenaan di pejabat JAKOA dan melalui pegawai bertugas di kawasan masing-masing.

Pelbagai program dilaksanakan termasuk memberi pendedahan untuk masuk ke universiti, menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran kepada pelajar Orang Asli yang cenderung ke arah itu.

"Sebab itu, kita rasakan jika JAKOA tidak membuat program seperti ini, seolah-olah kita tidak membantu. Namun, kita selalu bertanya melalui pegawai-pegawai."

"Kita ada pengurus di setiap daerah untuk memantau serta melihat siapa individu yang boleh disenarai untuk terus kita bantu maju ke hadapan," kata Faisal kepada pemberita semasa di pejabat JAKOA Negeri Johor, di sini.

JAKOA sentiasa komited bagi membantu masyarakat Orang Asli dalam setiap bidang sehingga memperoleh kejayaan.  

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM