fb fb fb fb fb

KDN kesan 160 jalan tikus di sempadan negara

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Julai-Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan kewujudan 160 jalan tikus di sempadan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah keseluruhan 140 pintu masuk rasmi yang terdapat di tiga buah negeri. 

"Kita ada 140 pintu masuk rasmi tetapi kita juga 160 jalan tikus jalan tikus yang paling banyak kedah perlis Kelantan paling banyak itu kita akui.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan, saya maklum tentang kewujudan pintu jalan tikus ini. jalan tikus bermakna laluan yang tidak diwartakan oleh kedua-dua negara yang bersempadan", kata Saifuddin di Parlimen hari ini menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerlun Abd Ghani Ahmad yang ingin tahu mengenai langkah membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui laluan tikus di sempadan negara.

Jelas Saifuddin, 61,152 warga asing telah ditahan kerana memasuki Malaysia tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan bagi tempoh 1 Jan hingga 12 Jun tahun ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD