fb fb fb fb fb

Projek naik taraf LRA Bukit Selambau gagal siap ikut jadual, PETRA laksana pemantauan

Foto hiasan/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Julai- Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau, Kedah gagal disiapkan mengikut jadual ditetapkan iaitu pada 28 Jun tahun ini kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bagaimanapun,  pihak kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) katanya telah mengadakan lawatan secara berperingkat bagi meninjau perkembangan pelaksanaannya.

Hasil daripada dua sesi lawatan ke tapak pembinaan loji  tersebut, beberapa teguran telah dibuat termasuk meminta pihak kontraktor membentangkan pelan tindakan untuk meningkatkan prestasi kerja dan penyelarasan.

"Walaupun peratus kemajuan sehingga 15 Jun 2024 adalah 27.03% berbanding jadual 29.83%, iaitu lewat sebanyak -2.80%, saya menyatakan kegusaran kerana prestasi projek masih jauh untuk mencapai kemajuan siap 100%. bagi mengurangkan cabaran bekalan air di negeri Kedah termasuklah ketiadaan rizab margin, kadar air yang tidak terhasil (NRW) yang tinggi 50.7% (2023) dan kesan ketidaktentuan perubahan iklim, kita tiada pilihan lain melainkan projek LRA ini perlu disiapkan segera", kata Akmal ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan di Parlimen hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD