fb fb fb fb fb

PMKS antara tumpuan utama Belanjawan 2024

KUALA LUMPUR, 27 September- Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) antara tumpuan utama Belanjawan 2024.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan ll, Steven Sim Chee Keong, ia bagi meningkatkan keupayaan PMKS, sekali gus mampu bersaing di pasaran lebih besar.

"Kita hendak melihat bagaimana boleh mengupayakan dan memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) kerana ia antara pemacu utama ekonomi sebagainya.

"SME amat terkesan terutamanya dalam tahun pertama pandemik, jadi kita mesti membantu membaiki semula SME sebagai nombor satu negara.

"Keduanya kita juga akan memberi bantuan SME untuk kita menaikkan perubahan nilai SME agar ia bukan sahaja boleh bersaing di di Malaysia tetapi di peringkat lebih besar seperti di rantau, global dan sebagainya. Ini termasuk ekonomi baharu digital, AI, ekonomi hijau dan lain-lain," katanya kepada pemberita di sini.

Kerangka Ekonomi Madani menjadi garis panduan penyediaan Belanjawan 2024 ke arah mewujudkan masyarakat yang adil, penuh belas kasihan dan mampan.


(Kerangka Ekonomi Madani menjadi garis panduan penyediaan Belanjawan 2024
ke arah mewujudkan masyarakat yang adil, penuh belas kasihan, dan mampan.)

Media Baharu