fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan kenal pasti lokasi REE, laksana tahun depan

(Foto hiasan)

SEREMBAN, 27 September- Kerajaan Negeri Sembilan telah mengenalpasti lokasi penerokaan unsur nadir bumi (REE) yang akan dilaksanakan pada tahun depan.

Daerah Jelebu dan Kuala Pilah merupakan lokasi berpotensi tinggi mempunyai sumber ekonomi mineral tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya dalam peringkat akhir penyeragaman prosedur operasi standard (SOP) perlombongan REE sebelum ia dilaksanakan secara komersil.


(Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun)

"Kita harus mengikut prosedur bahawa REE ini selamat, memberi manfaat faedah kepada masyarakat dan negeri serta negara. Saya yakin bahawa ini hasil baru yang boleh memberikan satu pendapatan baharu kepada kerajaan negeri, tetapi kita perlu kawal mengikut prosedur kerana SOP di peringkat akhir", katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Seremban.

REE merupakan sumber ekonomi baharu kepada kerajaan Negeri Sembilan yang berpotensi memberi  manfaat kepada industri automotif di negeri ini.

Media Baharu